Blogger Template by Blogcrowds

Kehidupan

Manusia
semuanya sama
berdiri
di atas bumi yang fana

Kita dilahirkan ke bumi
seperti sehelai kain putih
suci daripada dosa.

Kemiskinan
yang dialami pada masa lalu
mambangkitkan keyakinan
untuk mengubah nasib keluarga

Hati seperti sebuah batu berlian
cantik, bersih, suci
ikhlas
Tuhan memberkati usaha mereka
memberi rezeki melimpah-luah

Masa berlalu begitu cepat
tidak menunggu sang manusia
bagai kilat singgah ke bumi
dalam sekelip mata
perangai manusia berubah begitu sahaja...

Kekayaan menutup mata
mengunci hati
membeku jiwa
mengikat perasaan belas
ibu dan bapa tidak dihiraukan
seperti seludang menolak mayang

Biarlah,
biarlah hidup sederhana
ibarat itik dan anak-anaknya
menghormati ibu
menyedekahkan Al-Fatihah untuk si arwah
sentiasa ingat kepada Tuhan
agar selamat dunia dan akhirat.







Kami telah pergi ke beberapa lokasi untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan latar di dalam novel Subuh Hilang Senja. Walaupun kami berasa penat, kami berpuas hati dengan usaha kami. Saya, Khairool dan Farhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Iqbal dan Emsaiful kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk menolong kami mengambil gambar untuk tugasan sastera.

Kegagalan

Telahku cuba untuk melupakannya,
ternyata aku gagal..
senyuman dan tawa riangnya
tidak luput dari ingatanku

Di dalam hati kecilku ini
masih tersirat perasaan untuknya
namun terdapat suatu suara
yang menghalangku
daripada menghampiri dirinya

Aku sedar
diriku ini serba kekurangan
tidak sepadan
dengan dirinya yang cantik menawan..

Tiada pilihan lain untukku
kecuali berdiam diri
agar luka di hati ku
tidak berdarah lagi.

Newer Posts Older Posts Home