Blogger Template by Blogcrowds

Setelah bertikam

Kau ku campakkan ke udara

berterbangan bersama daun-daun kering

selagi angin masih bertiup

kau tak akan jejak ke bumi

kerana kesilapanmu

telah cukup menggores hatiku


kini aku berdiam

tersenyum seketika

melihat kau terapung layu

tidak henti melafazkan kalimah maaf

sehingga luka di hatiku menjadi parut


jangan panggil aku zalim

kerana aku hanya mahu kau membuka matamu

untuk melihat kebenaran

agar dapat kita menuju

ke arah kebaikan...






Alhamdullillah. Saya, Khairool, Iqbal, Jauhari dan Emsaiful sempat menghadiri seminar 'Bilang Puisi : Antara Eja Dan Lafaz' yang diadakan di Perpustakaan Bedok pada 12 Januari. Seminar tersebut mempromosikan buku antologi sajak Encik Rafaat Haji Hamzah, Yang Bilang. Encik Isa Kamari yang turut hadir juga membincangkan tentang sastera di Singapura pada masa kini dan juga mengupas antologi sajak Encik Rafaat. Sebelum seminar tersebut berakhir, Encik Rafaat sempat mendeklamasikan salah satu sajak beliau. Saya amat kagum dengan cara beliau mendeklamasikan sajak dengan suara yang lantang dan nada yang menarik. Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya menghadiri seminar tersebut bersama rakan-rakan saya.

Newer Posts Older Posts Home