Blogger Template by Blogcrowds

Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan

Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta
Dan harapan
Hidupku... Oh sayang

Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu

Hanya kesepian
Yang kian mencengkam
Jiwaku

Malam-malam dingin membeku
Hari-hari kian kelabu

Dalam doa kudus
Ku sebut nama mu
Cinta ku

Oh sayang
Damailah
Kau di sana
Di sisi
Tuhan
yang Esa...



*Tersebut adalah seni kata lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' daripada kumpulan Lefthanded.

Watak Dan Perwatakan

1) Hakim

- Pertama sekali, Hakim berfikiran positif. Cerpen ini bermula dengan Hakim berkata dengan dirinya sendiri, “ Aku tidak bodoh! Aku ada otak juga! Aku boleh berjaya juga jika aku usaha!...”. Ini jelas menunjukkan bahawa Hakim tidak mahu mensia-siakan pelajarannya di sekolah dan tidak mahu melemahkan semangat dirinya dengan mengata dirinya hanya kurang pandai.

- Hakim mempunyai ilmu agama dan dia mempraktikkannya. Dalam cerpen ini, Hakim sekelas disuruh menulis sebuah karangan mengenai kehidupan rakyat Singapura yang berbilang bangsa. Hakim menulis tentang Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi Ansar. Dia mahu menunjukkan bahawa sejarah Rasullullah sama seperti negeri Singapura yang hidup aman tanpa mengira bangsa dan agama.

- Hakim juga seorang yang berani menegakkan kebenaran. Pada mulanya, dia tidak mahu bersikap biadap apabila Cikgu Halim bertanya mengapa dia mengaitkan kehidupan di zaman Rasullullah di mana semua orang hidup aman bersama dengan kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menjawap untuk menyokong pendapatnya apabila Cikgu Halim menengkingnya kerana sudah tidak tahan dengan sikap Cikgu Halim yang mencabar kesabarannya.

2) Cikgu Halim

- Cikgu Halim boleh dikatakan seorang guru yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak mengajar kelasnya dan terus memberi kertas latihan tatabahasa yang sukar untuk murid-muridnya menjawab soalannya. Dia juga malas hendak mengajar kelasnya dan tidak menyemak buku-buku kerja mereka. Cikgu Halim memilih bidang perguruan hanya kerana gajinya yang lumayan.

- Cikgu Halim juga guru yang bengis. Dia memarahi Hakim hanya kerana Hakim mengaitkan sejarah Rasullullah dengan karangannya tentang kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menengking Hakim agar dia manjawab. Cikgu Halim berasa malu apabila dia dapati bahawa penerangan Halim itu benar lalu dia menyuruh Hakim keluar dari kelas.

- Cikgu Halim seorang yang kuat nafsu syahwatnya. Dia tergamak untuk melakukan perbuatan sumbang dengan pengetua sekolah, Ms Wong. Ini dapat dilihat dari cerpen, “ Memang puas dia menjelajahi bukit bukau dan gunung-ganang yang disusuni dengan lemburan lahar gunung berapinya.” dan “ Di dalam hatinya sebenarnya tersemat satu niat untuk mengulangi penjelajahan semalam sekali lagi.”.

3) Ms Wong

- Ms Wong seorang wanita yang kuat nafsu syahwatnya. Malah, boleh dikatakan bahawa nafsunya lebih kuat daripada Cikgu Halim kerana dia yang mangajak Cikgu Halim untuk melakukan perkara terkutuk buat kali kedua.

- Ms Wong juga merupakan seorang pengetua yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah. Sebagai seorang pengetua, dia tidak sepatutnya melakukan zina dengan guru di bawah pimpinannya. Dia tidak bersikap adil dengan Hakim kerana dia menghalau Hakim dari biliknya sebaik sahaja Hakim memperkenalkan dirinya.

Allah Maha Berkuasa. Kematian itu satu kepastian. Hari akhirat itu sememangnya benar. Sayangilah ibu bapamu. Sayangilah ahli keluargamu, sebelum terlambat.. Sentiasa ingat kepada Tuhan kerana kita tidak akan tahu bila Tuhan akan mengambil nyawa kita.

Wassalam.

Aku telah beli DVD dokumentari mengenai penampakan hantu di Singapura pada minggu lalu. Judul DVD tersebut ialah 'Project Wujud'. Dokumentari itu memang seram kerana hantu-hantu seperti pontianak, pocong dan jin benar-benar menjelmakan diri mereka. Namun begitu, aku agak kecewa dengan para pengacara dokumentari tersebut. Mereka diketuai oleh seorang wanita yang hanya mahu dikenali sebagai 'Kakcik' dan para pengacara yang lain tidak mahu mendedahkan identiti mereka yang sebenar. Terdapat satu adegan di mana 'Kakcik' dan kumpulannya memasuki hutan untuk memulakan upacara menyeru hantu tetapi 'Kakcik' memakai baju yang mendedahkan auratnya dan seluar yang sangat ketat. Saya juga berpendapat bahawa bomoh yang digelar 'uztaz', Om, telah menggunakan ilmu yang bertentangan dengan agama. Beliau memasang susuk untuk seorang wanita dalam satu babak dokumentari itu. Ternyata penggunaan susuk itu dilarang oleh agama. Oleh itu, saya mengesyorkan anda semua agar menonton DVD tersebut hanya untuk mempercayai kewujudan jin dan syaitan tetapi jangan sampai terikut-ikut dengan ilmu songsang seperti mana yang digunakan oleh bomoh.

Intro

Inilah blog sasteraku yang PERTAMA.. =.=

Newer Posts Home