Setelah bertikam
Kau ku campakkan ke udara
berterbangan bersama daun-daun kering
selagi angin masih bertiup
kau tak akan jejak ke bumi
kerana kesilapanmu
telah cukup menggores hatiku
kini aku berdiam
tersenyum seketika
melihat kau terapung layu
tidak henti melafazkan kalimah maaf
sehingga luka di hatiku menjadi parut
jangan panggil aku zalim
kerana aku hanya mahu kau membuka matamu
untuk melihat kebenaran
agar dapat kita menuju
ke arah kebaikan...
Bilang Puisi : Antara Eja Dan Lafaz
0 comments Posted by Annurnizam Anur at Tuesday, January 15, 2008Alhamdullillah. Saya, Khairool, Iqbal, Jauhari dan Emsaiful sempat menghadiri seminar 'Bilang Puisi : Antara Eja Dan Lafaz' yang diadakan di Perpustakaan Bedok pada 12 Januari. Seminar tersebut mempromosikan buku antologi sajak Encik Rafaat Haji Hamzah, Yang Bilang. Encik Isa Kamari yang turut hadir juga membincangkan tentang sastera di Singapura pada masa kini dan juga mengupas antologi sajak Encik Rafaat. Sebelum seminar tersebut berakhir, Encik Rafaat sempat mendeklamasikan salah satu sajak beliau. Saya amat kagum dengan cara beliau mendeklamasikan sajak dengan suara yang lantang dan nada yang menarik. Itulah sedikit sebanyak pengalaman saya menghadiri seminar tersebut bersama rakan-rakan saya.
Subscribe to:
Posts (Atom)