semuanya sama
berdiri
di atas bumi yang fana
Kita dilahirkan ke bumi
seperti sehelai kain putih
suci daripada dosa.
Kemiskinan
yang dialami pada masa lalu
mambangkitkan keyakinan
untuk mengubah nasib keluarga
Hati seperti sebuah batu berlian
cantik, bersih, suci
ikhlas
Tuhan memberkati usaha mereka
memberi rezeki melimpah-luah
Masa berlalu begitu cepat
tidak menunggu sang manusia
bagai kilat singgah ke bumi
dalam sekelip mata
perangai manusia berubah begitu sahaja...
Kekayaan menutup mata
mengunci hati
membeku jiwa
mengikat perasaan belas
ibu dan bapa tidak dihiraukan
seperti seludang menolak mayang
Biarlah,
biarlah hidup sederhana
ibarat itik dan anak-anaknya
menghormati ibu
menyedekahkan Al-Fatihah untuk si arwah
sentiasa ingat kepada Tuhan
agar selamat dunia dan akhirat.
Pengalaman mencari gambar untuk tugasan sastera.
0 comments Posted by Annurnizam Anur at Wednesday, December 12, 2007
Kami telah pergi ke beberapa lokasi untuk mengambil gambar yang berkaitan dengan latar di dalam novel Subuh Hilang Senja. Walaupun kami berasa penat, kami berpuas hati dengan usaha kami. Saya, Khairool dan Farhan ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada Iqbal dan Emsaiful kerana sanggup meluangkan masa mereka untuk menolong kami mengambil gambar untuk tugasan sastera.
ternyata aku gagal..
senyuman dan tawa riangnya
tidak luput dari ingatanku
Di dalam hati kecilku ini
masih tersirat perasaan untuknya
namun terdapat suatu suara
yang menghalangku
daripada menghampiri dirinya
Aku sedar
diriku ini serba kekurangan
tidak sepadan
dengan dirinya yang cantik menawan..
Tiada pilihan lain untukku
kecuali berdiam diri
agar luka di hati ku
tidak berdarah lagi.
Air mata yang berderai
Siapa yang menghapuskan
Hati kering dan gersang
Siapa yang meneduhkan
Sedangkan kau yang ku sayang
Telah pergi dari ku
Dengan cinta
Dan harapan
Hidupku... Oh sayang
Tiada lagi ku dengar kidungmu
Tiada lagi derai tawamu
Hanya kesepian
Yang kian mencengkam
Jiwaku
Malam-malam dingin membeku
Hari-hari kian kelabu
Dalam doa kudus
Ku sebut nama mu
Cinta ku
Oh sayang
Damailah
Kau di sana
Di sisi
Tuhan
yang Esa...
*Tersebut adalah seni kata lagu 'Tiada Lagi Kidungmu' daripada kumpulan Lefthanded.
Watak Dan Perwatakan
1) Hakim
- Pertama sekali, Hakim berfikiran positif. Cerpen ini bermula dengan Hakim berkata dengan dirinya sendiri, “ Aku tidak bodoh! Aku ada otak juga! Aku boleh berjaya juga jika aku usaha!...”. Ini jelas menunjukkan bahawa Hakim tidak mahu mensia-siakan pelajarannya di sekolah dan tidak mahu melemahkan semangat dirinya dengan mengata dirinya hanya kurang pandai.
- Hakim mempunyai ilmu agama dan dia mempraktikkannya. Dalam cerpen ini, Hakim sekelas disuruh menulis sebuah karangan mengenai kehidupan rakyat Singapura yang berbilang bangsa. Hakim menulis tentang Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi Ansar. Dia mahu menunjukkan bahawa sejarah Rasullullah sama seperti negeri Singapura yang hidup aman tanpa mengira bangsa dan agama.
- Hakim juga seorang yang berani menegakkan kebenaran. Pada mulanya, dia tidak mahu bersikap biadap apabila Cikgu Halim bertanya mengapa dia mengaitkan kehidupan di zaman Rasullullah di mana semua orang hidup aman bersama dengan kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menjawap untuk menyokong pendapatnya apabila Cikgu Halim menengkingnya kerana sudah tidak tahan dengan sikap Cikgu Halim yang mencabar kesabarannya.
2) Cikgu Halim
- Cikgu Halim boleh dikatakan seorang guru yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak mengajar kelasnya dan terus memberi kertas latihan tatabahasa yang sukar untuk murid-muridnya menjawab soalannya. Dia juga malas hendak mengajar kelasnya dan tidak menyemak buku-buku kerja mereka. Cikgu Halim memilih bidang
- Cikgu Halim juga guru yang bengis. Dia memarahi Hakim hanya kerana Hakim mengaitkan sejarah Rasullullah dengan karangannya tentang kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menengking Hakim agar dia manjawab. Cikgu Halim berasa malu apabila dia dapati bahawa penerangan Halim itu benar lalu dia menyuruh Hakim keluar dari kelas.
- Cikgu Halim seorang yang kuat nafsu syahwatnya. Dia tergamak untuk melakukan perbuatan sumbang dengan pengetua sekolah, Ms Wong. Ini dapat dilihat dari cerpen, “ Memang puas dia menjelajahi bukit bukau dan gunung-ganang yang disusuni dengan lemburan lahar gunung berapinya.” dan “ Di dalam hatinya sebenarnya tersemat satu niat untuk mengulangi penjelajahan semalam sekali lagi.”.
3) Ms Wong
- Ms Wong seorang wanita yang kuat nafsu syahwatnya. Malah, boleh dikatakan bahawa nafsunya lebih kuat daripada Cikgu Halim kerana dia yang mangajak Cikgu Halim untuk melakukan perkara terkutuk buat kali kedua.
- Ms Wong juga merupakan seorang pengetua yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah. Sebagai seorang pengetua, dia tidak sepatutnya melakukan zina dengan guru di bawah pimpinannya. Dia tidak bersikap adil dengan Hakim kerana dia menghalau Hakim dari biliknya sebaik sahaja Hakim memperkenalkan dirinya.
Allah Maha Berkuasa. Kematian itu satu kepastian. Hari akhirat itu sememangnya benar. Sayangilah ibu bapamu. Sayangilah ahli keluargamu, sebelum terlambat.. Sentiasa ingat kepada Tuhan kerana kita tidak akan tahu bila Tuhan akan mengambil nyawa kita.
Wassalam.
Inilah blog sasteraku yang PERTAMA.. =.=