Blogger Template by Blogcrowds

Watak Dan Perwatakan

1) Hakim

- Pertama sekali, Hakim berfikiran positif. Cerpen ini bermula dengan Hakim berkata dengan dirinya sendiri, “ Aku tidak bodoh! Aku ada otak juga! Aku boleh berjaya juga jika aku usaha!...”. Ini jelas menunjukkan bahawa Hakim tidak mahu mensia-siakan pelajarannya di sekolah dan tidak mahu melemahkan semangat dirinya dengan mengata dirinya hanya kurang pandai.

- Hakim mempunyai ilmu agama dan dia mempraktikkannya. Dalam cerpen ini, Hakim sekelas disuruh menulis sebuah karangan mengenai kehidupan rakyat Singapura yang berbilang bangsa. Hakim menulis tentang Rasullullah berjaya menyatukan kaum Madinah, Aus dan Khazraj sehingga menjadi Ansar. Dia mahu menunjukkan bahawa sejarah Rasullullah sama seperti negeri Singapura yang hidup aman tanpa mengira bangsa dan agama.

- Hakim juga seorang yang berani menegakkan kebenaran. Pada mulanya, dia tidak mahu bersikap biadap apabila Cikgu Halim bertanya mengapa dia mengaitkan kehidupan di zaman Rasullullah di mana semua orang hidup aman bersama dengan kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menjawap untuk menyokong pendapatnya apabila Cikgu Halim menengkingnya kerana sudah tidak tahan dengan sikap Cikgu Halim yang mencabar kesabarannya.

2) Cikgu Halim

- Cikgu Halim boleh dikatakan seorang guru yang tidak bertanggungjawab. Dia tidak mengajar kelasnya dan terus memberi kertas latihan tatabahasa yang sukar untuk murid-muridnya menjawab soalannya. Dia juga malas hendak mengajar kelasnya dan tidak menyemak buku-buku kerja mereka. Cikgu Halim memilih bidang perguruan hanya kerana gajinya yang lumayan.

- Cikgu Halim juga guru yang bengis. Dia memarahi Hakim hanya kerana Hakim mengaitkan sejarah Rasullullah dengan karangannya tentang kehidupan Singapura yang berbilang bangsa. Dia menengking Hakim agar dia manjawab. Cikgu Halim berasa malu apabila dia dapati bahawa penerangan Halim itu benar lalu dia menyuruh Hakim keluar dari kelas.

- Cikgu Halim seorang yang kuat nafsu syahwatnya. Dia tergamak untuk melakukan perbuatan sumbang dengan pengetua sekolah, Ms Wong. Ini dapat dilihat dari cerpen, “ Memang puas dia menjelajahi bukit bukau dan gunung-ganang yang disusuni dengan lemburan lahar gunung berapinya.” dan “ Di dalam hatinya sebenarnya tersemat satu niat untuk mengulangi penjelajahan semalam sekali lagi.”.

3) Ms Wong

- Ms Wong seorang wanita yang kuat nafsu syahwatnya. Malah, boleh dikatakan bahawa nafsunya lebih kuat daripada Cikgu Halim kerana dia yang mangajak Cikgu Halim untuk melakukan perkara terkutuk buat kali kedua.

- Ms Wong juga merupakan seorang pengetua yang tidak menunjukkan contoh yang baik kepada guru-guru dan murid-murid di sekolah. Sebagai seorang pengetua, dia tidak sepatutnya melakukan zina dengan guru di bawah pimpinannya. Dia tidak bersikap adil dengan Hakim kerana dia menghalau Hakim dari biliknya sebaik sahaja Hakim memperkenalkan dirinya.

1 comments:

Kupasan yg sederhana. Penjelajahan watak Hakim dan Cg Halim baik, tetapi watak sampingan antagonis Ms Wong masih boleh diteroka mengikut sudut pandangan peribadi awak. (Grade:B-) Keseluruhan persembahan blog amat baik dan berkesan bagi yg baharu berjinak-jinak dengan pengendalian blog sastera.

January 1, 2008 at 9:53 AM  

Newer Post Older Post Home